Most Recent

Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini [10/6/2017]



Berikut ialah nombor pendaftaran (no plat) kenderaan terkini sehingga tarikh 10 Jun 2017.

JOHOR
JSE2142

KEDAH
KEJ3818

LANGKAWI
KV9416D

KELANTAN
DDB9150

MELAKA
MCX6904

NEGERI SEMBILAN
NDG7212

PAHANG
CDW4468

PULAU PINANG
PNA6011

PERAK
AKS5892

PERLIS
RQ4510

SELANGOR
BPE8465

TERENGGANU
TBV2064

KOTA KINABALU
SAC9287D

SANDAKAN
SS5269Y

KUDAT
SK8294A

TAWAU
ST3084Y

BEAUFORT
SB7526C

KENINGAU
SU4983D

LAHAD DATU
SD5975M

KUCHING
QAA386T

SIBU
QS6736G

MIRI
QM3261C

SRI AMAN
QBC8710

SARIKEI
QRK4995

BINTULU
QTP8493

LIMBANG
QLB5294

KOTA SAMARAHAN
QCG1447

KAPIT
QPA7945

MUKAH
QS6736G

BETONG
QBC8710

LAWAS
QLB5294

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
VAG1246

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
LF8326

Admin 6/10/2017
Tiket Flight Percuma
Syarikat Penerbangan Tambang Rendah, AIRASIA sekali lagi mengadakan promosi 3 juta tempat duduk percuma bagi tempoh perjalanan antara 15 Januari - 28 Ogos 2018. 

Tempahan boleh dilakukan mulai hari ini (3 Jun 2017) hingga 11 Jun 2017 dengan membenarkan pelanggan merasai tambang serendah RM0 ke destinasi - destinasi berikut:


  • Kuala Lumpur - Johor Bharu
  • Kuala Lumpur - Pulau Pinang
  • Kuala Lumpur - Surat Thani
  • Pulau Pinang - Langkawi
  • Pulau Pinang - Singapura
  • Johor Bharu - Terengganu


Admin 6/03/2017
2 Diet Berkesan untuk Kurus
Kesedaran untuk mendapatkan kehidupan dan badan yang sihat makin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini menunjukkan satu peningkatan yang mmeberangsangkan!

Diet merupakan salah satu komponen dalam usaha untuk sesorang itu KURUS atau mengurangkan berat badan disamping senaman.

Pengetahuan dan ilmu dalam sesuatu diet yang ingin kita amalkan adalah sangat penting bagi mendapatkan hasil yang memuaskan dan mengelakkan sebarang kesan yang buruk kepada badan.

Diet Atkins & Keto 

Diet Atkins dan Diet Keto  semakin mendapat tempat bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan atau kurus.

Diet Atkins dan Diet Keto (atau Diet Ketogenik) merupakan diet yang rendah karbohidrat, dan tinggi lemak. Kedua - dua diet ini tidak jauh bezanya kerana ia merupakan diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat yang drastik dalam pemakanan seharian kita dan digantikan dengan pengambilan lemak dan protein.

Pengurangan karbohidrat ini akan meletakkan badan kita dalam keadaan yang dipanggil Ketosis. 

Ketosis merupakan proses dimana badan akan membakar lemak dalam badan sebagai sumber tenaga.
Apabila "Ketosis" ini berlaku, badan kita akan sangat efisien dalam membakar untuk menghasilkan tenaga. Ia juga akan dapat menukar lemak kepada ketone dalam hati, yang membekalkan tenaga kepada otak.

jenis diet

Diet Atkins

 Secara ringkasnya, diet atkins mempunyai empat peringkat iaitu:

1) Fasa 1 (Induction) 
Pengambilan karbohidrat dibawah 20g sehari. Fasa ini boleh dilakukan seminggu atau lebih.

2) Fasa 2 (Balancing)
Fasa dimana boleh menambah perlahan-lahan kekacang dan buah-buahan dalam diet kita.

3) Fasa 3 (Fine-tuning)
Fasa dimana berat yang diinginkan hampir tercapai. Tambah jumlah karbohidrat dalam diet kita agar pengurangan berat badan kembali perlahan.

3) Fasa 4 (Maintenance)
Fasa dimana kita boleh mengambil karbohidrat sebanyak yang mungkin tanpa kembali meningkatkan berat badan. 

Diet Keto

Terdapat beberapa jenis diet ketogenik,iaitu:

1) Standard Ketogenic Diet(SKD)
Diet ini ialah diet rendah karbohidrat, sederhana protein dan tinggi lemak. Kebiasaannya mempunyai 75% lemak, 20% protein dan 5% karbohidrat.


2) Cyclic Ketogenic Diet (CKD)
Diet ini melibatkan pengambilan karbohidrat yang tinggi secara berkala. Contohnya, 5 hari rendah karbohidrat dan 2 hari tinggi karbohidrat.


3) Targeted Ketogenic Diet (TKD)
Diet ini membolehkan anda menambah karbohidrat semasa senaman (workouts).


4) High-protein Ketogenic Diet
Diet ini sama seperti diet ketogenik biasa namun ia menambah jumlah pengambilan protein. Nisbahnya ialah 60% lemak, 35% protein dan 5% karbohidrat.

Admin 2/18/2017
Ibu YAB Dato' Menteri Besar Selangor Meninggal Dunia
Tahziah kami ucapkan kepada Dato Seri Mohamed Azmin Ali atas pemergian bonda beliau, Hajjah Che Tom Yahaya. Bonda Menteri Besar Selangor ini dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.14 pagi tadi akibat serangan angin akhmar (strok).

azmin ali


Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Amin~


Admin
Selamat Datang Tahun 2017

Selamat Tahun Baru 2017. Tahun baru azam baru dan permulaan baru.

Agak lama tidak menulis dalam blog ni. Masih hidup blog ni.

Rasanya semua rakyat Malaysia maklum bahawa negara kita tengah tenat, tenat dengan tadbir urus yang korupsi dan boros.

Ramai ahli perniagaan dan pakar ekonomi menyatakan bahawa tahun 2017 adalah tahun yang sukar buat perniagaan dan juga ekonomi.

Nilai ringgit semakin merudum, tetapi kita masih diulik dengan kata-kata indah dimedia.

Itulah senario dunia. Semoga kita sentiasa bersedia.



fireworks
source: www.bbc.co.uk


Admin 1/02/2017
Tips Ketika Menghadapi Banjir
Ketika berlakunya banjir, beberapa perkara penting haruslah diambil perhatian oleh mangsa banjir, antaranya ialah:

  1. Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik.
  2. Ikuti arahan pihak berkuasa.
  3. Segera berpindah (ke pusat pemindahan/ rumah saudara lain/ tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa.
  4. Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan.
  5. Kenalpasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan.
  6. Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/ banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenalpasti.
  7. Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras.
  8. Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda.
  9. Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/ parit/ longkang/ saluran air yang deras; dan
  10. Jangan keluar rumah dengan mengharungi air banjir kerana bimbang dihanyutkan air deras.

sumber: PortalBencana

banjir
gambar hiasan


pengurusan brh 11/19/2014